NOTA



KEPADA MEREKA YANG BERMINAT UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG TANAMAN CENDAWAN BOLEH HUBUNGI KAMI UNTUK SESSI
PENERANGAN PERCUMA

SESSI INI TERBUKA SEPANJANG HARI TERMASUK HARI JUMAAT DAN SABTU

HUBUNGI 0139529040

borang taklimat percuma

Name:
Email Address:
no tel
alamat
pertanyaan

create form

Sabtu, 2009 November 07

beg media cendawan khas untuk tempahan luar dari kelantan







































































Kini kami menjual beg media 80%``100% matang dengan harga rm1.20/sebongkah,

tawaran khas untuk mereka yang berada diluar kelantan dan terengganu

kos penghantaran hanya rm400(seluruh malaysia)

tempahan boleh dibuat serendah 1ribu beg ke atas......

pakej tawaran ini termasuklah

TAKLIMAT PENJAGAAN BEG MEDIA DAN TUAI HASIL PERCUMA
KEROSAKAN BEG DI GANTI
DISKAUN BAGI BELIAN BARANGAN ATAU PRODUK CENDAWAN TIMUR
PERCUMA EBOOK TANAMAN CENDAWAN

Jumaat, 2009 November 06

KURSUS LANJUTAN CENDAWAN TIRAM










































































































pada 4 hingga 6 november lepas telah berlangsung satu kursus "kursus lanjutan cendawan tiram",kursus tersebut adalah anjuran KADA dengan Kerjasama Persatuan Usahawan Cendawan Melayu Kelantan "GU CENDAWAN"..yang berlansung di Kota Bharu Trade Center, seramai 40 orang peserta telah hadir..terdiri dari ahli GU CENDAWAN serta wakil Agensi Kerajaan... pada pendapat saya para peserta amat bertuah..kerana penceramah yang hadir adalah di kalangan otai otai serta pakar pakar cendawan yang agak tersohor dalam arena ini..antaranya Puan Normah ibrahim, En Zulkifli Ariff (cendawan puchong),Mr Tan (cuka kayu),Pn Zainon dan Pn Sinona (pakar Produk Hiliran Cendawan),wakil dari LIFE LIGHT serta FAMA

Sabtu, 2009 Oktober 10

harga terbaru beg media dan pengangkutan beg

bagi memudahkan para pembeli dari luar dari kelantan..pihak kami menyelaraskan harga pengangkutan bagi penghantaran beg atau bahan mentah ke seluruh malaysia....

beg media rm 1.20/perbeg (kerosakan diganti)

kos penghantaran

seluruh malaysia kecuali terengganu dan pahang

rm 400 sehala..... harga bagi tempahan beg media atau bahan mentah yang tidak
melebihi 7tan(7ribu beg)

bagi terengganu dan pahang ........

rm350 sehala....harga bagi tempahan beg media atau bahan mentah yang tidak melebihi
7tan (7ribu beg)

Rabu, 2009 September 30

dedak padi lelong

bagi promosi hujung tahun....kami ingin menawarkan dedak padi dengan harga gila gila....



dedak halus gred a

= rm0.85 (bagi bwh 3tan)termasuk penghantaran seluruh bumi malaysia

= rm0.80sen(bagi atas 3tan)termasuk penghantaran seluruh bumi malaysia


dedak kasar

= rm0.065sen (bagi bwh 3tan) termasuk penghantaran seluruh bumi malaysia

= rm 0.060sen (bagi atas 3 tan)termasuk penghantaran seluruh bumi malaysia



Isnin, 2009 September 28

KURSUS CENDAWAN

Kursus Cendawan
Yuran: RM180 seorang
RM 300 bagi dua orang

Tarikh: (setiap Sabtu)

24 oktober 2009
07 november 2009
21 november 2009
5 disember 2009
19 disember 2009

Masa:
9.00 pagi - 5.00 petang

Tempat:

Teratak Cendawan Timur Ent

belakang pasar borong wakaf che yeh

15100 kota bharu kelantan


Kursus dijalankan secara teori (10%) dan praktikal (90%).

Modul kursus
** tips pemilihan dan perkenalan bahan mentah**
** tips dan pratikal membuat beg media (secara manual)**
** tips dan pratikal cara mengukus beg media**
** tips dan pratikal cara menyuntik benih ke dalam beg media**
** penerangan jenis bangsal cendawan mengikut kesuaian tempat serta menjimatkan kos**
** pengenalan penyakit dan cara mencegah dan merawatnya**
** cara dan tips pembungkusan cendawan segar bagi mengelak cepat rosak**
** pengenalan jenis jenis produk hiliran mengunakan cendawan**


peserta juga akan dibekalkan dengan
cd ebook pemprosesan cendawan . makan minum . sijil penyertaan . cenderamata untuk di bawah pulang.

jika masih tidak fahami atau ragu ragu
peserta juga boleh menyertai kursus cendawan kali ke 2 tanpa sebarang bayaran

istimewa kepada peserta kursus.......... belian beg media setiap 1ribu beg potongan rm50 akan diberikan.........terhad untuk belian hingga 10ribu beg sahaja...

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kursus ini, bolah hubungi kami untuk tempahan tempat..(terhad bagi untuk 10 orang peserta setiap masa)hubungi 0139529040 untuk menyertai kursus ini..

Rabu, 2009 September 23

RM 5 DALAM SEMINGGU DAH KAT RM250,CAM X CAYA JER

ni bukan pasal cendawan,cuma nak cerita satu cerita, sebelum raya tempoh hari saya dapat email dari member..dia ajak join danaraya.com, xnak bagi kecik hati dia saya pung masuklah.... lagi pung bukan mahal pun cuma rm5 jer...pastu promosi sikit sikit, semalam terlitas lah nak cek web yang masuk ...to..punya lah terkejut... tgk tgk dalam akaun dah ada rm225,hahahah pk pk bagus jugak yekkk.. saper saper nak join meh er http://www.danaraya.com/?id=cendawan , xrugi pun..lagi pun rm5 jerr

Ahad, 2009 September 13

jom sertai geng usahawan cendawan malaysia di facebook

salam rakan rakan otai serta mereka yang ingin ingin berborak atau mengajukan soalan secara langsung kepada otai otai cendawan seluruh malaysia boleh serta geng usahawan cendawan malaysia di facebook..

rakan rakan blogger cendawan dijemput untuk copy dan paste kan logo diatas ke dalam blog masing masing..untuk kita bina rangkaian ukhwah sesama pengusaha dengan lebih erat....

Isnin, 2009 September 07

memang berbaloi

hampir 2 tahun..rupanya saya menceburi dunia cendawan ini...walau terasa lama lah juga..tetapi dalam bidang ini,sebenarnya banyak yang perlu dipelajari dan di fahami..ramai rakan rakan bertanya berbaloi tak menceburi dunia cendawan,so nak bagi tahu memang berbaloi..tapi bukan terus dapat kaya... tapi slow slow..bak kata iklan petrolnas "jalan mesti kedepan bukan kebelakang".. kat bawah kisah cam mana orang wat cendawan berbaloi atau tidak.. nak tahu??baca kat bawah..


Tanaman cendawan berbaloi


DUNGUN 24 Nov. - Tindakan nekad seorang pemuda, Mohd. Eruan Salleh, 28, berhenti kerja di sebuah
syarikat terkemuka di ibu negara semata-mata untuk melibatkan diri secara serius dalam bidang
perusahaan cendawan kini ternyata berbaloi.
Biarpun baru setahun mengusahakan projek tanaman cendawan tiram kelabu, bekas pegawai teknikal
itu kini mampu menarik nafas lega setelah pendapatannya mencapai angka RM3,000 hingga RM4,000
sebulan.
Eruan ketika ditemui Utusan Malaysia memberitahu, dia gembira dan berasa bangga dengan kejayaan
yang dikecapinya sekarang termasuk berjaya menubuhkan syarikat miliknya sendiri iaitu Agro Mesra
Trading.
“Mulai sekarang, saya tidak akan menoleh lagi ke belakang, saya akan pastikan usaha dan pengorbanan
saya ini akan terus berkekalan serta tidak menjadi sia-sia,” katanya ketika ditemui di tapak semaian
berdekatan rumahnya di Kampung Padang Pulut di sini semalam.
Eruan yang juga anak keempat daripada lapan beradik pernah mengikuti pengajian Veterinar di peringkat
diploma di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada tahun 1998 sebelum melanjutkan pelajaran peringkat
ijazah dalam bidang Sains Makanan di universiti yang sama.
Selepas menamatkan pengajian pada tahun 2004, dia bekerja di sebuah agensi pertanian di ibu negara
sebagai pegawai teknikal dengan gaji permulaan RM1,800 bagaimanapun berhenti pada hujung
tahun lalu bagi memberi tumpuan terhadap tanaman cendawan.
Eruan berkata, berbekalkan modal sendiri dan bantuan ahli keluarga sebanyak RM3,000, dia dan keluarganya
elah memulakan projek penanaman cendawan tiram kelabu berhampiran rumahnya.
“Sepanjang empat hingga lima bulan pertama projek ini diusahakan, kami berjaya memperoleh pendapatan
purata sebanyak RM2,000 sebulan hasil daripada jualan sebanyak lima kilogram cendawan sehari ke pasar Dungun dan kedai-kedai makan sekitar.
“Namun, selepas mengambil keputusan untuk memperbesarkan projek penanaman ini beberapa bulan lalu,
kini jualan dan hasil pendapatan kami meningkat kepada RM3,000 hingga RM4,000 sebulan,” katanya. Dalam pada itu katanya, sepanjang mengusahakan projek cendawan tersebut, dia turut menghadapi pelbagai
masalah termasuk daripada segi bekalan, cara memproses dan juga serangan penyakit namun ia tidak
mematahkan semangatnya untuk terus berusaha.
Katanya, selain mengusahakan tanaman itu, dia turut menyediakan khidmat menjual peralatan tanaman
cendawan dan menawarkan kursus berkaitan pada yuran yang berpatutan.

Ahad, 2009 September 06

sikit persoalan plz tolong jawap

kami mempunyai sedikit kemuskilan tentang dedak yang di gunakan untuk membuat beg media..diharap para rakan rakan otai dapat memberikan pendapat.. kebelakangan ini kami dapati rakan di kalangan pengusaha cendawan mengunakan dedak kasar..atau hampas padi.. mungkin kerana harganya yang jauh lebih murah daripada dedak padi.. dlm lingkungan rm8 1guni besar..sedangkan dedak padi rm 0.80sen 1kg..

pada pandangan kami mengunakan dedak kasar mungkin mengurangkan hasil cendawan kerana ia hanyalah hampas padi serta kurang mempunyai khasiat atau makanan untuk cendawan....beg media juga kelihatan lebih ringan dari pada beg media yang mengunakan dedak padi yang biasa,

kami masih lagi was was untuk mengunakan dedak kasar ini,kerana takut beg media yang dijual kepada pembeli tidak memberikan hasil yang sepatutnya,tetapi jika ianya tidak mendatangkan kesan kepada jumlah hasil,saya yakin,semua pengusaha akan beralih kepada dedak kasar,kerana ia menjimatkan kos,malah mungkin boleh menjual beg media dengan harga lebih murah..

kepada otai otai yang telah mengunakan dedak kasar dijemput memberikan pendapat..

Rabu, 2009 Ogos 26

sikit info






ikit info tentang kami... kian lama merancang untuk menyiapkan tempat proses dan bangsal cendawan akhirnyaa...telah siap sepenuhnya... dengan bangsal proses 30kakix30kaki memudahkan pekerja berkerja dengan keadaan selesa dan tidak berasak.. bangsal cendawan berukuran 20kaki x70 kaki dan 20kaki x 20 kaki,dijangka dapat menampung 26k beg media,ianya diharap dapat merealisasikan hasrat kami untuk menghasilkan 100k cendawan segar setiap hari..

kini kami didalam proses menyiapkan beg media untuk di masukkan didalam bangsal baru...serta berhajat untuk menyiapkan tempat pembungkusan cendawan.

"langkah yang besar dimulakan dengan satu langkah yang kecil

Khamis, 2009 Ogos 20

The Star -14/08/2009 (ahli persatuan usahawan cendawan melayu kelantan)




















Mushrooming business
By C.A. ZULKIFLE



THE door to a hut opens to reveal rows and rows of bottles lined up neatly on wooden racks.

Inside each of these bottles is a growing mushroom which, in time, will poke its little head out the mouth of the bottle and bloom like a bright-coloured flower.

This is how Zulkifli Mohamad, 36, cultivates his Ganoderma mushroom at his house compound in Panji in Pengkalan Chepa, Kelantan.

He grows mushrooms in 30,000 bottles inside the hut and plans to expand with another 3,000 bottles in a second hut.


Zulkifli checking some mature mushrooms growing from bottles inside the mushroom hut.

The entrepreneur, who has been cultivating mushrooms for the past nine months, said the demand had been good with almost all his mushrooms sold.

They were priced between RM20 and RM25 per kilogram depending on the size.

“My monthly income is bet- ween RM1,500 and RM2,000,” said Zulkifli who is a member of the Kelantan Malay Mushroom Entrepreneurs Association.

The former subcontractor said he invested RM37,000 in the project and had sought an additional RM15,000 funding from the Tekun Nasional loan scheme.

At a recent meeting of some 50 association members in Kota Baru, the Kelantan Agriculture Department challenged mushroom growers in the state to succeed in their venture to prove that they were serious about their business.

Department director Maliha Ghazali said each of them would be considered for a RM20,000 grant from the department if they were successful.


Zulkifli holding up two bottles with the mushrooms growing out of them.

“Mushroom growers have never received financial aid from the department so far.

“However, since there is a marked increase in the number of mushroom growers, I believe support should be given.

“But I need proof of the viability of the project first,” she said.

Maliha said many associations failed to succeed in their ventures into vegetable cultivation because of mismanagement.

“This is despite the assistance given by the department such as financial aid and the marketing of the vegetables,” she said.

During the 1980s, she said many mushroom growers went bust because of arsenic contamination.

This was because the sawdust used as the base ingredient was tainted with chemicals.

Association chairman Hasmi Hassan said he would organise courses for members that would cover sales, quality control and marketing.

The most important thing, he stressed, was the control of production costs to enable members to make a profit.


link :
http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2009/8/14/north/4487999&sec=north

Rabu, 2009 Ogos 19

SALAM RAMADHAN DARI CENDAWANTIMUR


Sabtu, 2009 Ogos 15

kukusan mengunakan simen (murah,kukuh)

berita baik untuk geng geng cendawan pantai timur.. saya ada seorang member yang dapat membuat kukusan mengunakan simen... kos pastinya lebih murah berbandingkan kukusan mengunakan plat besi atau aluminium serta lebih tahan lasak dan kukuh...

pakej adalah seperti berikut

rm 3200 = 2 kukusan yang muat 500 beg media satu kukusan..so 2 sama dengan 1000 beg media

atau

rm 3200 = 1 kukusan yang memuatkan 1000 beg media sekaligus ..

atau

rm 1800 = 1 kukusan yang muat 500 beg media



pakej termasuk bahan bahan binaan serta upah... dijangka siap dalam 5 hari berkerja..

nanti saya masukkan gambar ... (saya pun nak tempah 1) nanti siap saya masukkan!!!


kalau kalau berminat boleh hubungi saya..

Sabtu, 2009 Ogos 08

"HANIIS" JENAMA HILIRAN PRODUK BERASASKAN CENDAWAN





Cendawan Timur kini berbesar hati kerana diberikan kepercayaan daripada Pengarah Syarikat Ej Mizan Enterprise untuk menjadi rakan pemasaran bagi produk syarikat beliau, di bawah jenama "HANIIS" syarikat ini menghasilkan produk-produk berasaskan cendawan iaitu Popia Keju Bercendawan,Nugget Cendawan (berperisa kari,lada hitam,Lada Sulah),Serunding Cendawan,Pau Cendawan,Sos Cendawan, Karipap Cendawan, Piza Cendawan,dan Muktabak Cendawan,

Syarikat ini di dalam proses penjenamaan semula produk beliau agar kelihatan lebih ketrampilan serta boleh bersaing ke pasaran yang lebih luas....



sesiapa yang berminat untuk mengedarkan produk jenama Haniis boleh hubungi saya di 0139529040 atau 0173178518

Selasa, 2009 Ogos 04

PNK Kenalkan Dua Projek Bantu TIngkat Industri Cendawan - sinar harian Edisi Kelantan


PNK kenalkan dua projek bantu tingkat industri cendawan ------- sinar harian 40gos 2009---

KOTA BHARU - Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kelantan (JPNK), Maliha Ghazali berkata, jabatannya telah meluluskan dua projek bagi membantu meningkatkan industri pengusahaan cendawan di negeri ini.

Menurutnya, dua projek tersebut melibatkan bengkel untuk pemprosesan produk cendawan dan perkenalkan produk sampingan daripada cendawan.

“Ini semua adalah usaha kami untuk memantapkan industri cendawan di negeri ini dengan cara meluaskan lagi kepenggunaan bagi memastikan pengeluaran serat permintaan menjadi seiring,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pertama Persatuan Usahawan Cendawan Melayu Kelantan ‘Gu Cendawan’ di sini, semalam.

Maliha berkata, sekarang ini di Kelantan adalah pengeluaran cendawan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan.

Katanya, setakat ini hanya sebanyak 1.95 tan sahaja sebulan yang dapat dikeluarkan sedangkan pasaran memerlukan 3.0 tan.

Menurutnya, orang ramai masih berpeluang untuk menceburkan diri dalam industri penanaman cendawan itu kerana permintaannya yang tinggi.

“Sekarang ini kami dalam proses untuk menghasilkan produk sampingan daripada cendawan seperti membuat kerepek, serunding, inti popia, dan bermacam-macam lagi.

“Jika ini semua sudah dihasilkan saya pasti permintaan terhadap cendawan akan semakin bertambah,” katanya.

Beliau berkata, langkah penghasilan produk daripada cendawan itu juga merupakan antara langkah bagi memastikan tiada lambakan cendawan akan berlaku pada masa akan datang.

Maliha berkata, setakat ini pihaknya juga telah melantik beberapa orang wakil untuk mencari pengusaha di luar negeri bagi memastikan barangan berasaskan cendawan dapat dipasarkan bukan sahaja di Kelantan tetapi di seluruh negara.

“Ini semua bagi memastikan kami dapat mengawal kemasukan cendawan daripada Thailand yang harganya jauh lebih murah dari tempatan, tetapi kualitinya tidak boleh menandingi cendawan tempatan,” katanya.

Beliau berkata, sekarang ini terdapat tiga jenis cendawan yang dihasilkan oleh pengusaha tempatan iaitu jenis tiram, black jelly ‘telinga kera’ dan gano.

INFO:MESYUARAT AGUNG PERTAMA PERSATUAN USAHAWAN CENDAWAN MELAYU KELANTAN






















































industri cendawan kelantan menuju setapak lagi dengan penubuhan persatuan usahawan cendawan melayu kelantan (GU CENDAWAN), majlis dirasmikan oleh Puan Hajjah Maliha binti Ghazali, Pengarah Pertanian Negeri Kelantan... sambutan amat mengalakan daripada para usahawan cendawan,ini dapat dilihat dengan penyertaan lebih dari 40 orang ahli yang berdaftar, penyertaan mendapat perhatian secara menyeluruh bukan sahaja di daerah-daerah berdekatan kota bharu,malah menjangkau daerah gua musang,tanah merah,dan kuala krai.
2 usul telah diterima pada mesyuarat tersebut dan dipersetujui oleh semua ahli
2usul tersebut adalah
a) persatuan akan mewujudkan koperasi usahawan cendawan sdn bhd atau ringkasannya KULAC di dalam masa yang terdekat.
b) persatuan juga bersetuju untuk melantik En Jali bin Atan sebagai penasihat Persatuan
cendawan timur mengucapkan jutaan tanniah kepada ahli jawatan kuasa yang di lantik menerajui persatuan bagi sessi 2009/2010 yang diketuai oleh En Hasmi bin Hassan, diharap barisan kepimpinan dapat membawa persatuan kearah yang lebih berdaya saing serta maju
...bagi mereka yang berminat untuk bersama sama menjadi warga gu cendawan bolehlah hubungi saya..syarat keahlian adalah terbuka kepada semua yang terlibat dengan industri cendawan,termasuk pembuatan beg,produk hiliran,cendawan segar atau sebagainya..berbangsa melayu,serta menjalankan projek di negeri kelantan.
















Ahad, 2009 Julai 26

MAKLUMAN : HARGA TERBARU MESIN BEGGING


memaklumkan bahawa harga mesin begging terkini adalah rm12800

ejen di thailand memaklumkan bahawa,ini adalah disebabkan pertukaran wang bant serta kos pengangkutan dari bangkok ke malaysia.

harga tersebut masih TERENDAH !!! dimalaysia

Rabu, 2009 Julai 15

PENUBUHAN PERSATUAN USAHAWAN CENDAWAN MELAYU KELANTAN

untuk maklumat para pengusaha PERSATUAN USAHAWAN CENDAWAN MELAYU KELANTAN (GU CENDAWAN)telah di wujudkan dan di daftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan... rakan rakan pengusaha cendawan di kelantan kini dialu alukan menyertai persatuan bagi bersama sama membangunkan industri cendawan di kelantan ke tapak yang lebih kukuh dan teratur... rakan rakan yang berminat untuk menyertai persatuan ini boleh hubungi 0124617799 (abe mi) atau saya di 0139529040 (peja)...

satu mesyurat agung akan berlangsung untuk pertama kalinya pada 2 ogos 2009, pukul 2 petang, bertempat di pejabat pertanian lundang, dan di rasmikan oleh Pengarah Pertanian Negeri Kelantan..


download borang persatuan di box download dibawah

kepada rakan rakan yang telah berdaftar dengan persatuan dijemput hadir.. sebarang pertanyaan boleh hubungi number di atas

Rabu, 2009 Julai 01

BELIAN BALIK CENDAWAN SEGAR

Berita baik,kepada bakal pengusaha cendawan di sekitar daerah bachok dan pasir putih,

kini kepada mereka yang membeli beg media dari syarikat kami, pihak kami sedia membeli balik hasil cendawan tersebut...ini adalah bagi menampung permintaan cendawan yang meningkat dari masa ke semasa......

untuk memastikan kesegaran dan kualiti cendawan,tawaran ini hanya terbuka kepada mereka yang berada berdekatan ladang kami..itu sekitar daerah bachok dan pasir putih.. shj

tawaran ini hanyalah kepada mereka yang membeli beg media cendawan dari syarikat kami sahaja..ianya adalah untuk menjamin kualiti cendawan tersebut..

untuk maklumat lebih lanjut boleh hubungi pihak kami dengan kadar segera.....

Khamis, 2009 Jun 04

taklimat percuma teknik asas penanaman cendawan


Ahad, 2009 April 12

beg cendawan matang khas untuk mereka diluar kelantan dan terengganu






















































kebanyakkan pelanggan kami adalah pengusaha dari luar negeri kelantan,terutama dari kl,selangor dan pahang..oleh itu kami ingin menawarkan promosi beg media khas untuk rakan rakan diluar dari kelantan... jika di kelantan pihak kami menjual beg media dengan harga rm1.20 seunit ianya tidak termasuk dengan penghantaran..harga yang boleh dikira amat murah ...

bagi rakan rakan diluar pula pihak kami menawarkan dengan harga rm1.40 hingga rm1.50 ianya termasuk penghantaran terus kerumah...minimum tempahan ialah 1k shj ,so jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan beg media kami,ianya tentunya menjimatkan kos anda,

beg media kami adalah dijamin
kerosakan akan diganti 100%
kami hanya menjual beg media yang 90 hingga 100 matang
kami mengunakan benih yang berkualiti (bukan benih thailand)
taklimat penjagaan beg media akan diberi percuma
khidmat nasihat selepas pembelian
pembelian beg media melebihi 10k akan diberikan diskaun istimewa

Sabtu, 2009 Mac 28

TAWARAN LEHER DAN PENUTUP PERAM UNTUK PEMBORONG


KAMI MENAWARKAN HARGA BERIKUT KEPADA MEREKA YANG BERMINAT MENJADI PEMBORONG BARANGAN CENDAWAN

LEHER = RM 0.055/Seunit
PERAM = RM 0.055/seunit
PENUTUP TOMATO = RM 0.03/Seunit

harga adalah bagi tempahan 30 ribu hingga 100 ribu


LEHER = RM 0.05/Seunit
PERAM = RM 0.05/seunit
PENUTUP TOMATO = RM 0.02/Seunit

harga adalah bagi tempahan 100ribu hingga 200ribu

LEHER = RM 0.045/Seunit
PERAM = RM 0.045/seunit
PENUTUP TOMATO = RM 0.019/Seunit


harga adalah bagi tempahan 200 ribu keatas

penghantaran boleh diuruskan dengan tambahan rm1.50/kg berat barangan

bangsal cendawan bajet




kami sedang berusaha untuk menyiapkan satu bangsal cendawan berukuran 20 kaki x 70 kaki,bangsal ini bertujuan untuk meningkatkan jumlah pengeluaran beg media sehari,di sebabkan permintaan bagi cendawan segar dan beg cendawan yang semakin mendapat tempat di hati rakyat kelantan...

kos bagi bangsal ini kami anggarkan cuma RM 5 RIBU SHJ,naper xcaya?

bajet kayu cuma rm 1k
zink dan penebat cuma rm 2k
dan selebihnya untuk netting dan bilik suntik serta pasir lantai,rak..

JIMAT BUKAN!!!!

anggaran seorang sahabat yang mempunyai bangsal yang serupa saiz,bajet yang dikeluarkan lebih kurang 15k ...so kami jimat 10k.. boleh buat 2biji lagi bangsal saiz serupa

links

links 2

Blogger templates made by AllBlogTools.com

Back to TOP